Monday 8 September 2014

Contoh Kes-Kes Mahkamah





Rujukan


Rujukan Buku :

Modern Jurisprudence

Penulis : Prof Hari Chand

Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-Undang Keluarga Islam

Penulis : Salleh Ismail

Undang-Undang Pada Tanah Adat Bumiputera di Sarawak'

Penulis : Datuk J.C Fong

 

 

 

Thursday 4 September 2014

Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Badan Kehakiman

http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Badan_Kehakiman

Pengenalan

                      
Nama
No.Matriks
Rakeesh Nair A/L Raveendran
08DEP14F1073
Meedun Raj A/L Revi
08DDEP141082
Siva Pragas A/L Arumagam
08DEP14F1046
Rizki Hidayat Bin Abd Mutalib
08DEP14F1088
Raja Ahmad Fawzan Shahab Bin Raja Ahmad Faridz
08DEP14F1061

Nama Pensyarah : Pn. Masitah binti Mohd Ali

Monday 1 September 2014

WikiPedia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Malaysia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_sivil
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di_Malaysia

Mahkamah


Semua mahkamah dan sistemnya di Malaysia diuruskan dan ditadbir di bawah Badan Kehakiman(Judisiari) yang berfungsi untuk melaksanakan tugas-tugas kehakiman di Malaysia.

Sistem Mahkamah boleh dibahagi kepada dua struktur :-

 

1)      Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkkamah Rendah dan Mahkamah Khas.

2)       Mahkamah Negeri terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat.

MAHKAMAH PERSEKUTUAN
1.       Mahkamah Atasan
·         Mahkamah Agung
·         Mahkamah Rayuan
·         Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo
2.       Mahkamah Rendah
·         Mahkamah Sesyen
·         Mahkamah Juvana
·         Mahkamah Majistret Kelas I dan Kelas II
·         Mahkamah Tuntutan Kecil
·         Mahkamah Penghulu
3.       Mahkamah Khas
·         Mahkamah Tentera
·         Mahkamah Perusahaan
·         Mahkamah Buruh
·         Mahkamah Khas Raja-raja
·         Mahkamah Negeri
MAHKAMAH NEGERI
1.       Mahkamah Syariah
·         Mahkamah Syariah Rayuan
·         Mahkamah Tinggi Syariah
2.       Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak)
·         Mahkamah Adat Daerah
·         Mahkamah Pegawai/Ketua Adat
·         Mahkamah Penghulu

 

Melalui jadual di atas, mahkamah-mahkamah yang di bawah kerajaan negeri ialah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat di Sabah dan Sarawak. Sistem mahkamahnya ialah perkara negeri memandangkan undang-undangnya dibuat oleh badan perundangan negeri.

Jenis-jenis mahkamah dan peranannya

MAHKAMAH
PERANAN
1.       Mahkamah Agung
§  Merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia
§  Dikenali juga sebagai Mahkamah Persekutuan
§  Mempunyai kuasa yang menyelesaikan pertikian antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Perseketuan
§  Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang –undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
§  Merupakan mahkamah tertinnggi mendengar kes – kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
§  Kes – kes rayuan meliputi kes sivil dan kes jenayah
§  Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM250,000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini
2.       Mahkamah Rayuan
§  Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja
§  Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang daripada RM250,000
§  Kes-kes jenayah yang dirujuk di sini juga meliputi kes yang telah dikenakan oleh Mahkamah Tinggi
3.       Mahkamah Tinggi
§  Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dan warnegara asing yang berada di Malaysia
§  Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
§  Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, wassiat, perkahwinan serta penceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan
§  Mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang niainya melebihi RM25,000
§  Bagi kes jenayah, berkuasa mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah yang nilai dendanya melebihi RM25
§  Memberikan nasihat kepada Mahkamah Rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal-soal mengenai perlembangan
4.       Mahkamah Sesyen
§  Merupakan mahkamah tertinggi dalam komponen Mahkamah Rendah
§  Membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil melibatkan nilai yang tidak melebihi RM250,000
§  Kes jenayah-membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah, kecuali menjatuhkan hukuman mati
§  Menjalankan siasatan awal sebelum seorang iu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika ia telah mempunyai bukti yang cukup terhadap tertuduh, ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi
5.       Mahkamah Juvana
§  Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun
§  Seorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun
§  Perbicaraan dijalankan secara tertutup
6.       Mahkamah Majistret Kelas I
§  Membincangkan kes-kes jenayah dan sivil
§  Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman denda
§  Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah lima tahun penjara atau denda RM10,000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiga sekali. Walau bagaimanapun, hukuman yang lebih tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1957cdan Akta Keseksaan 1953
7.       Mahkamah Majistret Kelas II
§  KEs jenayah,iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah tidak melebihi 12 bulan penjara dan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali
§  Kes sivil, iaitu nilai kes tuntutan ti dak melebihi RM3,000
8.       Mahkamah Tuntutan Kecil
§  Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000
9.       Mahkamah Penghulu
§  Merupakan mahkamah yang paling rendah dalam komponen Mahkamah Rendah
§  Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
§  Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim
§  Kes sivil, iaitu melibatkan tuntutan nilai tidak daripada RM50
§  Kes jenayah, iaitu melibatkan denda sebanyak RM25 sahaja
§  Rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret
10.   Mahkamah Tentera
§  Mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera
§  Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah
§  Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan  kebenaran dan sebagainya
§  Boleh menjatuhkan sebarang hukuman, kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong
§  Pesalah daro Mahkamah Tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi
11.   Mahkamah Khas Raja-raja
§  Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan
§  Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara
12.   Mahkamah Syariah
§  Untuk mengadili umat Islam
§  Membicarakankes-kes sivil dan jenayah
§  Kes sivil, iaitu nafkah dan tanggungan perkahwinan, penceraian, wasiat, wakaf, pembahagian harta dan sebagainya
§  Kes jenayah, iaitu berjudi, zina , tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan terhadap isteri atau anak, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah
§  Kesalahan yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, manakala kesalahan yang kecil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah
§  Mahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah
13.   Mahakamah Adat
§  Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak
§  Contoh kes sepert pelanggaran adat suku kaum, adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat keagamaan dan sebagainya

 

Enakmen dan Akta Kekeluargaan Islam di Malaysia

Undang-undang kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri-negeri berikut :-

Bil.
Negeri
Nama Akta / Enakmen
Rujukan
1
Johor
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003 (En. 17/03)
5/1990
2
Negeri Sembilan
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan
7/1983
3
Pahang
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang
3/2005
4
Perak
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak
13/1991
5
Perlis
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis
4/1992
6
Pulau Pinang
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang
2/1985
7
Selangor
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor
4/1984
8
Terengganu
Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 (En. 12/85)
12/1985
9
Kedah
Enakmen Keluarga Islam Kedah
1/1984
10
Kelantan
Enakmen Keluarga Islam Kelantan
1/1983
11
Melaka
Enakmen Keluarga Islam Melaka
8/1983
12
Sabah
Enakmen Keluarga Islam Sabah
15/1992
13
Sarawak
Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak
5/1991
14
W. Persekutuan
Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan
(A303) 1983 pindaan / (A828)