Semua mahkamah dan sistemnya di Malaysia diuruskan dan ditadbir di bawah Badan Kehakiman(Judisiari) yang berfungsi untuk melaksanakan tugas-tugas kehakiman di Malaysia.
Sistem Mahkamah boleh dibahagi kepada dua struktur :-
1) Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkkamah Rendah dan Mahkamah Khas.
2) Mahkamah Negeri terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat.
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
| |
1. Mahkamah Atasan
|
· Mahkamah Agung
· Mahkamah Rayuan
· Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Borneo
|
2. Mahkamah Rendah
|
· Mahkamah Sesyen
· Mahkamah Juvana
· Mahkamah Majistret Kelas I dan Kelas II
· Mahkamah Tuntutan Kecil
· Mahkamah Penghulu
|
3. Mahkamah Khas
|
· Mahkamah Tentera
· Mahkamah Perusahaan
· Mahkamah Buruh
· Mahkamah Khas Raja-raja
· Mahkamah Negeri
|
MAHKAMAH NEGERI
| |
1. Mahkamah Syariah
|
· Mahkamah Syariah Rayuan
· Mahkamah Tinggi Syariah
|
2. Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak)
|
· Mahkamah Adat Daerah
· Mahkamah Pegawai/Ketua Adat
· Mahkamah Penghulu
|
Melalui jadual di atas, mahkamah-mahkamah yang di bawah kerajaan negeri ialah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat di Sabah dan Sarawak. Sistem mahkamahnya ialah perkara negeri memandangkan undang-undangnya dibuat oleh badan perundangan negeri.
Jenis-jenis mahkamah dan peranannya
MAHKAMAH
|
PERANAN
|
1. Mahkamah Agung
|
§ Merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia
§ Dikenali juga sebagai Mahkamah Persekutuan
§ Mempunyai kuasa yang menyelesaikan pertikian antara kerajaan Negeri dengan kerajaan Perseketuan
§ Berkuasa menentukan pengesahan bagi undang –undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
§ Merupakan mahkamah tertinnggi mendengar kes – kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
§ Kes – kes rayuan meliputi kes sivil dan kes jenayah
§ Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM250,000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini
|
2. Mahkamah Rayuan
|
§ Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja
§ Jika dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan, kes sivil boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang daripada RM250,000
§ Kes-kes jenayah yang dirujuk di sini juga meliputi kes yang telah dikenakan oleh Mahkamah Tinggi
|
3. Mahkamah Tinggi
|
§ Mempunyai kuasa membicarakan apa sahaja kesalahan yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dan warnegara asing yang berada di Malaysia
§ Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
§ Kes sivil melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, wassiat, perkahwinan serta penceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan
§ Mempunyai kuasa mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang niainya melebihi RM25,000
§ Bagi kes jenayah, berkuasa mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah yang nilai dendanya melebihi RM25
§ Memberikan nasihat kepada Mahkamah Rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah serta soal-soal mengenai perlembangan
|
4. Mahkamah Sesyen
|
§ Merupakan mahkamah tertinggi dalam komponen Mahkamah Rendah
§ Membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil melibatkan nilai yang tidak melebihi RM250,000
§ Kes jenayah-membicarakan apa juga jenis kesalahan jenayah, kecuali menjatuhkan hukuman mati
§ Menjalankan siasatan awal sebelum seorang iu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika ia telah mempunyai bukti yang cukup terhadap tertuduh, ia akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi
|
5. Mahkamah Juvana
|
§ Membincangkan kes-kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun
§ Seorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun
§ Perbicaraan dijalankan secara tertutup
|
6. Mahkamah Majistret Kelas I
|
§ Membincangkan kes-kes jenayah dan sivil
§ Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman denda
§ Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah lima tahun penjara atau denda RM10,000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiga sekali. Walau bagaimanapun, hukuman yang lebih tinggi akan dikenakan sekiranya membicarakan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1957cdan Akta Keseksaan 1953
|
7. Mahkamah Majistret Kelas II
|
§ KEs jenayah,iaitu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ini ialah tidak melebihi 12 bulan penjara dan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali
§ Kes sivil, iaitu nilai kes tuntutan ti dak melebihi RM3,000
|
8. Mahkamah Tuntutan Kecil
|
§ Membicarakan kes tuntutan sivil yang tidak melebihi RM3,000
|
9. Mahkamah Penghulu
|
§ Merupakan mahkamah yang paling rendah dalam komponen Mahkamah Rendah
§ Membicarakan kes-kes sivil dan jenayah
§ Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim
§ Kes sivil, iaitu melibatkan tuntutan nilai tidak daripada RM50
§ Kes jenayah, iaitu melibatkan denda sebanyak RM25 sahaja
§ Rayuan terhadap Mahkamah Penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret
|
10. Mahkamah Tentera
|
§ Mengendalikan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera
§ Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah
§ Antara kesalahan yang dibicarakan di mahkamah ini ialah tidak patuh pada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya
§ Boleh menjatuhkan sebarang hukuman, kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong
§ Pesalah daro Mahkamah Tentera boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi
|
11. Mahkamah Khas Raja-raja
|
§ Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan
§ Tindakan akan dikenakan terhadap YDPA atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara
|
12. Mahkamah Syariah
|
§ Untuk mengadili umat Islam
§ Membicarakankes-kes sivil dan jenayah
§ Kes sivil, iaitu nafkah dan tanggungan perkahwinan, penceraian, wasiat, wakaf, pembahagian harta dan sebagainya
§ Kes jenayah, iaitu berjudi, zina , tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan terhadap isteri atau anak, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah
§ Kesalahan yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, manakala kesalahan yang kecil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah
§ Mahkamah Syariah Rayuan berperanan mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi Syariah
|
13. Mahakamah Adat
|
§ Membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak
§ Contoh kes sepert pelanggaran adat suku kaum, adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat keagamaan dan sebagainya
|
No comments:
Post a Comment